Ahad, 8 Mac 2020

2020: Nikmat yang Ditarik

Bismillah.

Masih pada fasa awal 2020, dah banyak peristiwa besar berlaku kepada kami sekeluarga.

Pagi 21 Januari, tanpa disangka, aku terlibat dalam kemalangan motosikal. Tapi memang silap sendiri. Merana. Bangun setelah dilanggar, aku rasa ada yang tak kena dengan kaki aku. Semacam rasa terkehel. Hajatnya mahu melangkah ke depan, tapi bahagian betis ter-alih sikit ke kanan. Fuh, rasa dia, perit!

Itulah nikmat yang paling rasa ditarik daripada kehidupan seharian semenjak kemalangan. Selain kaki, kesan kemalangan lain termasuk luka di hampir setiap bahagian kulit belah kiri sebab jatuh daripada motosikal di bahagian kiri badan, terseret atas jalanraya. Namun tetap tidak boleh melawan nikmat boleh berjalan dengan sempurna tersebut. Bukan mudah nak menjalani kehidupan harian tanpa kaki yang sempurna. Jadi yang masih boleh bergerak tanpa batas, syukur!

Terfikir, lepas ni susah nak bersukan (futsal, badminton etc) - aktiviti mengeluarkan peluh kegemaran. 

Haa, lagi satu yang mengganggu kitaran hidup seharian pada fasa 3 minggu terawal kemalangan ialah waktu tidur. Setiap malam, aku akan diganggu dengan fasa otot di betis yang tiba-tiba menegang pada awal pagi. Malah, aktiviti otot tersebut boleh berulang 2 - 3 kali semalam. Ini menyebabkan kitaran hidup sedikit terganggu. Tapi memang terbayang orang-orang tua yang memang tak boleh tidur. Memang tak tahu nak buat apa walaupun ada saja scroll FB, IG dan lain-lain. Tengok bola pun pernah tapi tak dapat mengganti nikmat tidur pada waktu malam. Mungkin malam merupakan makhluk Allah yang telah diciptakan sebagai waktu efektif untuk manusia berehat dan tidur.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Tapi Allah masih bagi peluang untuk hidup memang cukup (bahkan sangat) baik untuk aku. Nikmat ini melebihi nikmat yang ditarik dalam tempoh sementara di atas. 

Berbillion kalungan terima kasih pastinya aku ucapkan kepada isteri, ummi, abah dan adik-beradik yang terlalu banyak memudahkan urusan kehidupan harian. Alhamdulillah. Kini aku dalam fasa recovery dan follow-up di An-Nur.

Yang masih main saham walaupun sakit,
Abu Zayd.

Tiada ulasan:

Catat Komen