Ahad, 10 Januari 2016

Buku #1: Pengenalan Ringkas kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

Bismillah

Done with IELTS. Let's switch to our mother tongue, Malay language.
Alhamdulillah, bakal memulakan siri ulas-ulas buku daripada hamba yang fakir ini, menepati tujuan asal blog ini diwujudkan. Simpan dan kenangan. :)

*****

Karya pertama yang bakal dikongsikan ini ialah tulisan Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimeen. Aku tak pasti dari mana aku kenal sosok ini. Asalnya, aku ingat aku kenal melalui satu buku pemurnian fakta seerah, Rupanya itu karya Dr Utsman Bin Muhammad al-Khamis. Jadi, hingga ke hari ini, aku belum pasti dari mana aku mengenali beliau. Tapi, baru-baru ini, seorang rakan Facebook bernama Hasnan Daud ada berkongsi kepada rakan-rakan Facebook akan kelebihan yang beliau tampak pada Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimeen.

Buku yang pada asalnya aku sangka tulisah Syeikh al-Uthaimeen. Antara kisah yang dibawa riwayat yang sahih dalam buku ini ialah peristiwa di Tsaqifah Bani Saeedah, kisah mengangkat Uthman menjadi khalifah, kisah pembunuhan Uthman dan banyak lagi

Karya Syaikh al-Uthaimeen ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Dr Fadlan Othman, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan ahli ILMU. Perkara yang menarik minat aku untuk membeli dan membaca buku ini ialah kerana penulis dan penterjemah terkenal sebagai pencinta Madinah di samping aku pernah hadir dua kali SAHAJA kelas Dr Wifaq berkitabkan Muqaddimah Usul Tafsir karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.

Buku ini baru dibeli pada tarikh 3 Januari dan buku kedua dibaca pada tahun ini selepas Sejarah Lengkap Rasulullah (belum habis dibaca), tulisan Prof Dr Ali Ash Sholabi



Buku ini berketebalan 139 muka surat dan membahaskan tentang dasar-dasar Ilmu Tafsir. Senang cerita, bagaimana ulamak dalam bidang Tafsir boleh sampai kepada sesuatu kesimpulan terhadap satu-satu ayat. 

Beberapa noktah yang boleh aku nukilkan kepada kalian tentang buku ini:

  1. Dari sudut keilmuan, buku ini mempunyai dua bahagian iaitu
    • Pengenalan kepada Al-Quran: 
      • Definisi
      • Ayat Makkiyah dan Madaniyyah: Ciri-ciri dan Faedah Mengetahui
      • Sejarah Penulisan dan Pengumpulan al-Quran dari zaman Abu Bakar hingga ke zaman Uthman r.ah
    • Pengenalan kepada Tafsir:
      • Definisi, Terjemahan dan Tafsir dan lain-lain
      • Sekolah pemikiran yang popular dalam Tafsir iaitu:
        • Abdullah ibn Mas'ud
        • Abdullah ibn 'Abbas
      • Tab'in yang popular dalam perbahasan Tafsir:
        • Mujahid
        • Qatadah
      • Perbahasan ayat Muhkamat dan Mutasyabihat; jenis-jenis dan faedah kewujudannya
      • Qasam (Sumpah), Qasas (cerita), Israiliyyat, Iltifat, Dhamir; maksud dan faedah-faedahnya.
  2. Contoh perbezaan pendapat yang berlaku (rujuk ayat 237, Surah al-Baqarah):
    • 'Ali Abi Talib berpandangan bahawa pemegang ikatan nikah ialah suami
    • Ibn Abbas pula berpandangan bahawa beliau ialah wali
    • Pendapat yang lebih rajih ialah pandangan Ali kerana ada hadis yang menerangkannya
  3. Pandangan: Ilmu Ushul at-Tafsir adalah ilmu yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam Bahasa Arab. Umumnya, semua maklum bahawa mendalami ilmu agama secara spesifik seperti ilmu Usul Fiqh, Ulum Hadith sangat memerlukan kemahiran Bahasa Arab berdasarkan komponen-komponen yang ada iaitu Nahu, Saraf, Balaghah dan lain-lain. Imam Asy-Syatibi dalam bab Adillah kitab al-Muwafaqat (kitab Ushul Fiqh) mengatakan bahawa mujtahid mestilah memahami dalil-dalam mengikut orang Arab; lisannya dan maknanya. Begitu juga kata Ustaz Fauwaz Fadzil dalam kuliah Matan al-Waraqat (boleh cari di Youtube dengan tajuk "Daurah Matan Al-Waraqat 1 1" terbitan Murshidtv), kamus Bahasa Arab terbesar, Tajul 'Arus mengandungi 6 juta perkataan yang sepatutnya dihafal dan diketahu maknanya oleh bakal mujtahid. Adapun, orang-orang seperti aku yang bukan bidang agama lebih baik mengambil posisi Muqallid dalam bidang ini, namun berusaha untuk meniti tangga-tangga menjadi mujtahid walaupun aku rasa macam mustahil untuk menjadi Mujtahid mutlaq. Kata al-Banna dalam  Usul 7: "Setiap muslim yang tidak mencapai tahap amampu meneliti dalil-dalil bagi hukum-hukum cabang hendaklah mengikuti imam (para mujtahid) dan 'alim ulamak. Ada baiknya juga di samping mengikuti 'alim ulamak, dia berijtihad sekadar termampu untuk mengetahui dalil-dalil hukum agama..". Kadang-kadang, terfikir, lebih baik aku berdiam dalam banyak perkara kerana dengan berdiam, tidaklah nampak sangat kebodohan aku. :D Sekarang era semua orang mahu menjadi hakim wa ana bari'un minkum.
  4. Faedah yang tidak terkait dengan buku: Kehebatan pemuda-pemuda zaman Rasulullah iaitu Ali, Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud. 
    • Nabi SAW bersabda; "Tidakkah engkau redha mendapat kedudukan bersamaku seperti Harun dengan Musa. Bezanya ialah tiada nabi selepasku". (al-Bukhari)
    • Sabda Rasulullah mengenai Ibn Mas'ud: "Sesungguhnya engkau budak yang akan dipenuhi ilmu" (Ahmad)
    • Ketika ditanya kepada Rasulullah mengapa Rasulullah mengutamakan Ibn Abbas, Rasul berkata, "Beliau adalah anak muda yang dewasa. Beliau mempunyai lidah yang bertanya dan hati yang kuat kefahamannya"
  5. Akhirnya, kita tetap perlu memahami Al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Rujuklah mana-mana Tafsir.

Dan, bacalah buku ini!

"Kebiasaannya adalah tidak mungkin sesuatu kaum itu boleh membaca kitab tentang ilmu-ilmu seperti perubatan dan matematik tanpa mengetahui huraiannya. Justeru, bukankah begitu juga sepatutnya dilakukan terhadap kata-kata Allah yang menjadikan mereka selamat, berjaya, sejahtera dan terurus agama serta dunia mereka?"
-Ibn Taimiyah

Wallahu A'alam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan