Selasa, 26 Januari 2016

Faizal Tahir Kama 'Araftuhu (Sebagaimana Yang Aku Tahu)

Bismillah

Saya mula tahu akan kewujudan manusia bernama Faizal Tahir sudah lama. Ketika Tingkatan 2 hasil doktrin rancangan realiti One in A Million (OIAM). Beliau merupakan peserta kesayangan pada masa itu atas faktor beliau merupakan bekas penyanyi kumpulan Mirwana yang beberapa tahun sebelum itu popular dengan lagu Hikmah Kembara dan Aku Tanpa Cinta-Mu. Tambahan lagi, identiti beliau pada masa itu cukup unik, baju Superman, suara dan kehebatan menyusun lagu. Masih ingat lagi medley yang beliau susun pada konsert akhir yang menghimpun lagu yang gah; We Will Rock You (Queen), LOVE (tak ingat siapa) dan I Don't Want To Be (Gavin Degraw). Awalnya, saya tak tahu bahawa ayahnya 'orang kuat' NGO kemanusiaan, Aqsa Syarif dan MyCare. Selepas sibuk dengan satu acara Palestin, baru saya tahu bahawa mereka ada pertalian darah. 

Memori saya dalam hal-hal berkaitan isu Timur Tengah:

1. Busking

Sebelum popular USIM Buskers, saya pernah berimpian untuk mengumpul dana melalui aktiviti seniman jalanan. Contoh yang saya beri kepada rakan yang sama-sama memperjuangkan isu Palestin ketika itu ialah video yang tak berapa nak soleh ini:



Namun, rezeki belum kunjung tiba. Kami hanya menganjurkan konsert sahaja.

2. Global March to Jerusalem (GMJ)

Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh Aqsa Syarif pada masa itu untuk mengarus perdanakan isu Palestin. Untuk tahun kedua, GMJ telah menjemput Faizal Tahir, Yassin Sulaiman dan lain-lain. Cuma, saya teringat ada dialog yang berlangsung antara urusetia dalaman USIM yang menguruskan mahasiswa USIM untuk ke sana tentang pengiklanan program ini.

Saya: Kita kena letak iklan tentang kehadiran Faizal Tahir sebab ada orang yang akan tertarik dengan sebab ini. (Antaranya aku)

Dia: Oh, saya tak.

Masa itu, saya berasap juga. 

"Nak cakap kau bagus ke apa?" (dalam hati)

Sebenarnya saudari itu hendak menyatakan bahawa dia menyatakan bahawa sokongannya tetap walaupun bukan Faizal Tahir yang hadir. Bagus sebenarnya, cuma mungkin pada masa itu, saya dipandu emosi. 

*****
Kini, beliau (Faizal) antara artis konsisten memperjuangkan isu rakyat yang tertindas, terutama di Timur Tengah. Persembahan Faizal Tahir di pentas AJL, istimewanya pada susunan muzik orkestra (memang AJL akan sediakan orkestra) dan visual yang ditayangkan di skrin gergasi. Memang menyentuh hati.

Versi studio lebih baik berbanding live (mungkin masalah sistem audio)

Akhirnya, saya percaya semua orang mampu berbuat melalui kelebihan masing-masing. Kreativiti yang Faizal ada, beliau gunakan untuk menyedarkan masyarakat umum bahawa di bumi yang sama kita tinggal, ada juga manusia yang tidak senasib dengan kita. Malah di negara yang sama juga, ada yang tidak bernasib baik. 

Ada juga di antara kita yang mahir menulis puisi, lalu dia salurkan kelebihannya melalui bait-bait puisi, indah susun kata untuk menyampaikan isu-isu yang nampak berat di dada akhbar ke dalam lembut susun atur kata dan rasa.

Ada yang popular dalam arena sukan, lalu dia dermakan sebahagian gaji mingguannya untuk saudara kita di sana. Ada yang popular dalam parlimen lalu dia gunakan kelebihannya untuk mencadangkan polisi bagi meringankan beban masyarakat tertindas di luar negara dan pelarian-pelarian.

Gerakan apa lah pula yang ingin FT bawakan?
Jangan sampai dinasihati seorang ustaz pula. Hehe
(iamfaithmen.com)


Salah satu lagu yang diminati.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan, Faizal Tahir, the living legend!
Menyumbang selagi bernyawa.

"Dan ku tak pernah tewas mahu menjadi diriku
Biar lain, biar ku mula
Dan kau tak perlu tewas mahu menjadi dirimu
Biar aku mulakan baru" (Batu & Golek)

Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan