Ahad, 24 Januari 2016

Eskapisme: Antara Liberal, #Bantah dan Hari Ini

Bismillah

Dua minggu ini terlalu banyak atas dan bawahnya; sedikit sebanyak memperkosa kestabilan emosi aku. Jadi, minggu ini aku mencari acara-acara yang mungkin mampu menganugerahkan diri ini dengan kegembiraan lewat kemampuan menghadapi situasi-situasi yang mungkin dianggap bersifat peribadi. Tinggalkan motosikal mahupun kereta, mari menikmati keasyikan pengangkutan awam, ketenangan bersendiri sambil membaca naskhah Pemburu Kesepian di Bumi Geordy. The Great Escape.

Belum masalah ummah lagi *ayat kalau kawan-kawan yang hebat tarbiyah* 
Rasulullah pun sedih masa anak dia meninggal. *nak sedapkan hati* :p


1. Hadir ke program "Can Islamists Be Liberal", anjuran IRF, G25 dan Penang Institute.

Forum ini membariskan panel-panel yang agak terkenal dengan perbahasan liberal dalam kebitaraan masing-masing; Wan Saiful dalam falsafah ekonomi dan politikal, Dr Maszlee dalam hubung kait falsafah politik liberal dengan Islam dan tetamu istimewa Dr Mustafa Akyol, yang hadir dari Turki.

Gelanggang dibuka dengan ucaptama daripada Dr Mustafa Akyol dengan penerangan sedikit tentang Muslim dan liberal. Pada awal ucapannya, beliau memberi penakrifan liberal kepada menghormati hak orang lain untuk berbuat sesuatu dan larangan untuk memaksakan nilai yang kita percaya kepada orang lain. Antara perkara menarik yang diucapkan Dr Mustafa juga:

i. Fundamental falsafah liberal telah disediakan oleh golongan Murji'ah ketika melihat pergaduhan antara kem Ali, kem Muawiyah dan Khawarij. Ketika itu, kem Murji'ah mengambil pendekatan menangguhkan hukuman ke atas sesiapa sekalipun ke hari pembalasan dan menyerahkan segala hukuman kepada Allah; manusia tiada hak untuk menghukum manusia lain.

(Mungkin sesiapa yang belajar Teologi boleh mengesahkan hal ini)

ii. Tiada sifat keterbukaan dalam diri Muslim terutamanya selepas penguasaan negara ke atas individu telah memandulkan intelektual Muslim. Jika dahulu, karya-karya dari tokoh Greek dibawa masuk ke negara-negara pentadbiran Muslim, diterjemah dan jika tidak bersetuju, dibuat analisa dan disediakan argumentasi balas; tidak berlaku kini. Kita lebih selesa mengharamkan karya-karya yang dicop kontroversi. Kesannya, Muslim kurang berfikir dan tidak mampu berhujah melainkan dengan haram, haram, haram.

Suasana lebih ceria apabila Wan Saiful Wan Jan yang gemar berbangga dengan keahlian seumur hidup PAS-nya mengambil alih rostrum dan mikrofon. Banyak perkara yang disentuhnya, cuma perkara fundamental yang sudah lama aku fikirkan;

 Kenapa orang yang menganut cara fikir liberal gagal menghormati pilihan orang lain, bahkan ketika majoriti tidak bersama mereka?

Yeay! Akhirnya Wan Saiful berjaya mengutarakan permasalahan tersebut. Dr Maszlee pula menyatakan beberapa kenikmatan yang Muslim telah alami dengan kehadiran liberalisme, antaranya:

i. Di Amerika Syarikat, bercambahnya masjid-masjid dan pusat-pusat kegiatan Islam. Jika tiada hormat akan fahaman orang lain, mana mungkin pembinaan rumah ibadat Muslim ini mendapat kebenaran.

ii. Di Berlin, Small Istanbul diwujudkan dan membuatkan pengunjung merasakan seolah-olah berada di bumi Turki. Bagaimana mungkin nikmat ini terasakan tanpa liberal?

Dr Maszlee segak dengan baju Melayu

Namun, bukanlah perkara di atas yang mahu ditekankan. Akan tetapi, Dr Maszlee memusatkan perhatiannya terhadap proses memahami dan mengambil manfaat walau berbeza pendapat. Zaman perang ideologi telah tamat dan mari kita memurnikan keadaan.

Pemerhatian aku:

i. Perbincangan liberal menjadi hangat setelah PAS mula mengecop sesetengah pihak liberal kerana idea-idea mereka ini tampah lebih terkehadapan berbanding ahli-ahli yang konservatif.

ii. Namun, perbincangan ini masih di takuk lama. Masih tidak berkembang ke peringkat praktis.

iii. Mungkin kerana rakyat tidak faham, jadi perbahasan peringkat lebih tinggi tidak dapat dilaksanakan. Walaupun mungkin sesetengah golongan percaya bahawa golongan pembuat polisi sahaja yang patut faham perkara ini. Namun, jika polisi mereka ini tidak popular pada perspektif rakyat, apalah gunanya, kan?

iv. Aku juga masih tidak mampu meyakinkan diri bahawa liberal adalah jalan yang selari dengan Islam terutama dari segi moral dan politikal, terutama hal yang bersangkut dengan negara. Aku masih mempunyai stigma bahawa negara masih mempunyai kuasa untuk meng-impose beberapa perkara jika semua bersetuju dengan undang-undang Syariah. Jangan katakan aku memandang Syariah hanya perkara yang bersangkut undang-undang. Aku percaya Syariah sangat luas. Namun, andai perkara-perkara lain itu sudah tidak menjadi halangan, bagaimana pula pendirian penganut faham liberal terhadap kuasa negara memandangkan mereka percaya kepada limitasi kuasa kerajaan? 

2. Hadir ke #BantahTPPA

Aku tak baca 6000 lebih muka surat perjanjian TPPA ini. Ya, aku rasa aku kurang bersifat adil terhadap kebaikan-kebaikan TPPA. Aku masih percaya bahawa TPPA ini ada baik dan buruknya. Cuma, sekarang, aku masih dirasuk hujah-hujah geopolitik melangkaui rasional-rasional nombor dan statistik ekonomis. Jika mengambil rasional ekonomi, mungkin aku akan condong ke arah perlaksanaan TPPA. Mungkin. Kena baca dahulu.



Pada awalnya, tersilap ke himpunan Bantah TPPA anjuran geng Fastaqim di Padang Merbok kerana arah ke Padang Merbok menjadi lebih arus perdana berbanding ke Dataran Merdeka. Setelah mendapat kesedaran bahawa aku di tempat yang salah, aku terus bergegas ke Dataran Merdeka. Beberapa pemerhatian:

i. Perhimpunan di Padang Merbok sangat ramai jika mahu dibandingkan dengan Dataran Merdeka. Ini bermakna mobilasi ahli PAS lebih kemas berbanding rakan koalisi mereka dalam Bantah-TPPA yang dianggoti bermacam-macam lagi NGO seperti PSM, IKRAM, ISMA, ABIM dan lain-lain.

ii. Perpecahan tempat perhimpunan sedikit sebanyak mengurangkan padunya suara rakyat yang membantah TPPA. PAS membuat himpunannya sendiri, mankala baki rakan koalisi meneruskan di tempat asal. 

iii. Boleh jadi juga rakyat tak ambil kisah tentang TPPA. Itu yang kehadiran pun tak seberapa.

iv. Boleh jadi juga rakyat sokong TPPA. Celik ekonomi betul!

v. Akhirnya, senyap juga adalah kenyataan. Kenyataan senyap akan lebih dekat dengan menyokong kerajaan menandatangani perjanjian tersebut kerana faham masyarakat dunia adalah selari dengan kaedah dalam Ushul Fiqh tentang hal-hal Muamalat:
Semua perkara adalah harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya
Aw kama qaal. Mungkin persamaannya tidak terlalu jelas. Namun, jika ramai rakyat yang turun membantah, konotasi 'haram' akan menjadi lebih dominan dan mampu menggugat kerusi menteri-menteri hingga mereka terpaksa tunduk ke atas kehendak rakyat.

vi. Boleh jadi juga rakyat sudah bosan dengan perhimpunan sebegini kerana tidak nampak hasil. Lumrah manusia, kita akan lebih percaya kepada perkara yang nampak hasilnya. Kalau tak, sudah pasti ramai manusia yang memilih untuk berdakwah, berbuat baik, tidak merasuah. Neraka dan Syurga tak nampak kot! Jika atas sebab ini bilangan peserta demonstrasi berkurang, maka kita harus cepat mencari solusi cara-cara untuk melawan polisi-polisi yang tidak menguntungkan rakyat. Dunia makin pantas. Rakyat cepat bosan dengan cara yang tidak membuahkan hasil. 

Dengan adik Wafi

3. Novac Djokovic

Siapa yang tidak kenal pemain Serbia ini, pemain nombor 1 tenis. Walaupun aku lebih meminati Roger Federer, tapi aksi Djokovic memang outstanding. Klik sini: Aksi Novac Djokovic

4. Perempuan Tua

Ya, perempuan tua itu meminta aku menghayati lagu ini.



Ok, layan sahaja. Baca komen-komen menginsafkan daripada penonton-penonton Youtube:
Dubsmash membawa saya ke sini
Akhirnya, buka pula yang dubsmash. Boleh tahan.



;D

Akhirnya, aku tak tahu nak rasa apa, perempuan tua. Insaf.

Wassalam

p/s: Terima kasih juga yang mendoakan perihal peperikaan bahasa penjajah hari itu :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan