Isnin, 26 Oktober 2015

Kenapa Tidak Sahaja Kita Menerima?

Bismillah

Pagi ini riuh di Facebook, satu organisasi telah menganjurkan satu konvensyen bertemakan Maqasid Syariah. Kali ini, penganjur berhajat untuk membawa tiga orator luar negara manakala bakinya orator dalam negara. Mereka ialah Dr Rached Ghannoushi, Presiden Parti En-Nahdhah Tunisia; Dr Ibrahim Munir, Setiausaha Ikhwanul Muslimun Antarabangsa; Anis Matta, Mantan Presiden Partai Keadilan Sejahtera. Manakala orator dalam negara ialah Dr Parid Sheikh Ahmad, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia; Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi AMANAH. Panelis forum pula terdiri daripada Dr Maszlee Malik, ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM; Ustaz Hasanuddin Yunus dan Dr Mujahid Yusof Rawa; dua Naib Presiden AMANAH dan tidak dilupakan Syed Ibrahim Syed Noh merangkap Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

Secara keseluruhan, kegembiraan berjaya diperolehi semua peserta. Kita dapat melihat praktikaliti Maqasid Syariah, terutama dalam kluster politik. Keluasan perspektif Pak Anis Matta merupakan kekaguman saya yang tertinggi dalam program tersebut.

Akan tetapi, saya tetap merasakan ada satu kekurangan yang mendasar. Kekurangan tersebut ialah perbahasan teori yang kurang masak dalam perbahasan Maqasid Syariah, berbeza dengan pemilik akaun FB pagi tadi. Secara mudah, di akhir program, peserta akan membuat konklusi bahawa Maqasid Syariah adalah segala perkara yang menampilkan keindahan Islam, melainkan perkara yang telah putus (baca: Qat'ie) dalam Islam. Contoh perkara yang putus ialah solat Zuhur ialah empat rakaat dan puasa dalam bulan Ramadan adalah wajib. Saya setuju perkara-perkara di atas. Cuma, bukankah lebih indah kita menyeimbangkan antara ketekalan teori dan keanjalan praktik. 

Saya dahagakan kefahaman Asy-Syatibi dalam al-Muwafaqatnya, membayangkan buku Nazariyyat al-Maqasid 'Inda Imam Asy-Syatibi karya Dr Ahmad Raysouni dibahaskan dengan tuntas, malah penulis-penulis Maqasid lain diketengahkan di pentas konvensyen.

Akhirnya, cara berfikir kita menuntut kita untuk memahami sesuatu perkara jika kita mahu keikhlasan dan amal itu diredhai. 

Al-Fahmu.