Jumaat, 3 Jun 2016

Kit Menjelang Ramadan 2016

Bismillah

Bulan yang Allah janjikan keberkatan padanya sedang bergerak menuju kita. Dalam beberapa hari sahaja lagi, Syaaban akan melabuhkan tirainya. Berakhirnya Syaaban menandakan Ramadan; bulan yang ditunggu-tunggu para pencari ganjaran-ganjaran yang maha hebat akan tiba. 

Sekadar mahu menempel sedikit kit yang mungkin bakal menambahkan lagi makna Ramadan yang bertandang sekali dalam tempoh setahun. Malah, mungkin juga buat terakhir kali, tahun ini. 

1. Membaca buku yang berkaitan dengan Ramadan dan fadilat-fadilatnya. 

Kita masih punya baki dua atau tiga hari untuk membuat persediaan sebelum Ramadan bertamu. Tiba sahaja Ramadan, secara idealnya, kita tidak punya masa untuk menghadam buku-buku ini. Kerana, itulah ujian sebenar hasil pembacaan kita. Tidak salah membaca, mungkin sekadar untuk mengingatkan.

Target saya: Maqasid Puasa: Hikmah & Tujuan Pensyariatannya

Terima kasih Institut Darul Ehsan atas hadiah yang diberikan kepada para peserta Seminar Nasional Maqasid Syariah! Dan saya amat hargai para penterjemah dan agamawan yang gigih menterjemah karya-kaya ulamak silam kerana mereka merupakan antara manusia-manusia terbaik yang pernah dihasilkan melalui pendidikan berbasiskan Islam. Buku ini merupakan tulisan Imam 'Izz Ibn And As-Salam.


Cadangan buku lain: Buyutuna Fi Ramadan

2. Ramadan Battle Plan (RBP)

RBP merupakan planner versi PDF yang diberikan secara percuma oleh pemilik laman sesawang ini: http://ramadanbattleplan.com/ 

Saya sendiri merupakan penggemar planner dari sudut memiliki. Tapi, dari sudut mengisi, malas yang amat. Jadi, sengaja saya letakkan di sini buat peminat planner untuk tidak terlepas kemas kini planner yang boleh tahan cantik ini. Tidak dilupakan, planner ini juga mempunyai beberapa perkara yang menarik. Saya copy sikit daripada laman sesawangnya sendiri ya.






Menarik bukan? Yang jenis macam saya (tak berdisiplin mencatat) juga boleh bermanfaat daripada buku ini.

3. Video

Saya ingin mencadangkan dua set video yang saudara saudari (kalau ada yang baca. Haha) patut langgan. Percuma bang, jangan risau!

a. Ramadan Exclusive: Surat Al-Baqarah

Inisiatif daripada produksi Bayyinah TV yang tidak asing lagi dengan personanya, Nouman Ali Khan (NAK). Ramai juga yang tersentuh dengan ceramahnya dek ketelitian penerangan tentang setiap ayat dan perkataan dalam al-Quran. Saya juga mengikutinya sejak beliau bersama Quran Weekly lagi. Sejak sweatshirt biru menjadi kegemaran beliau dan kot besar merupakan fesyen beliau.

Cuma kali ini, kalian kena mendaftar melalui pautan ini: quran.bayyinah.com/ramadan2016

b. Ramadan Chronicles 2016

Ramadan Chronicles merupakan inisiatif Prof Dr Tariq Ramadan. Kalau tadi, NAK sering membawa kita kepada kedalaman perbahasan perkataan hingga kepada perubahan yang diri kita sendiri mampu lakukan; Prof Tariq Ramadan lebih kepada perbahasan yang lebih filosofikal dan kemasyarakatan. Bagi saya, dua figur ini saling melengkapi, insyaallah! Tak silap saya, sudah dua Ramadan, Prof Tariq Ramadan menyediakan video tazkirah pendek setiap hari, dalam bulan Ramadan.

Mukaddimah untuk Ramadan Chronicles 2016:

Suka ayat akhir setiap video personalnya, "Never forget to tell the people you love, that you love them"
*****

Sebelum habis, belanja satu lagu:

(Kenal lagu ini sebab lagu ini menjadi soundtrack sebuah short film


Setakat ini sahaja untuk kali ini. Ini sekadar kit bantuan. Bahan dalam kit utama seperti al-Quran, solat fardu berjemaah dan sunat, menghidupkan malam, tarawih, taubat, bahan bacaan; merupakan kemestian dalam senarai kita. Cuma bilangan terpulang kepada diri sendiri. Kejar kualiti dan taqwa insyaallah!

Moga Allah sampaikan ke hari itu dan kita semua mampu mengungkap, "Marhaban Ya Ramadan!"

Wassalam