Jumaat, 27 November 2020

Zayd dah jadi abang, hey!

Haah, tajuk tu memang bermaksud begitu. Tiada makna yang lain daripada zahir maksud tajuk tersebut yang ingin dikonsgsikan. Aha, Zayd dah jadi abang alhamdulillah.

7E (baca: 7 November) merupakan tarikh istimewa untuk kelahiran putera kedua kami. Ya, yang kedua pun lelaki. #KeluargaMANA didominasi lelaki buat masa ini. Haha. Kali ini, anak ini dibangsakan dengan bangsa J.

Apapun, syukur, Allah mengurniakan cahaya mata kedua buat kami. Moga 'Azam menjadi saham akhirat buat ummi & abah. Terima kasih juga isteri yang mengandung, melahirkan dan menyusukan anak kami. 

Menarik juga penerimaan Zayd akan kelahiran adiknya alhamdulillah. Zayd dah bersedia jadi abang. Nampak penyayang. Asyik nak kiss adik dia saja. Haha. Tiru abah dia! Tapi memang sejak dalam rahim lagi, Zayd dah disemaikan dengan mindset bahawa dia bakal menjadi abang. Eh, Zayd siap nak ajak adik dia main bola tau lepas dia keluar! 😂

Saat kelahiran 'Azam, kepala memikirkan bahawa tanggungjawab makin bertambah. Aku ada seorang Nurul Akmal, seorang Zayd, seorang 'Azam & PhD yang belum tersiapkan. Anggaplah ini rezeki dan kita hustle demi hasil!

Doakan kisah kasih kami sekeluarga berkekelan ke syurga insyaallah!