Rabu, 30 Disember 2015

Menjadi Cikgu #1

Bila nak bagi markah (baca: carry mark) kepada pelajar pelajar.


Haha

Ok.
Semester ini, pengalaman yang menarik.
Semoga dikurniakan pengalaman yang menarik, masa yang mendatang.

Isnin, 28 Disember 2015

Menjadi yang Lebih Baik -- Be A Dreamer #1

Bismillah

Dalam tempoh habis belajar, aku banyak berfikir, mungkin kerana kurangnya beban kerja, malah kurang beban belajar untuk menghadapi peperiksaan.

Apakah motivasi untuk menjadi lebih baik?
Sekurangnya lebih baik daripada semalam. Seorang manusia tidak mungkin akan berubah andai tiada motivasi. Malah, jika boleh, manusia mendambakan motivasi yang mampu dilihat, bukan imaginasi.

Aku pesan kepada ahli usrah aku, "Nak tak nak, seorang akh itu akan menjadi dua ayah"

"Pertama, ayah kepada ahli usrahnya"

"Kedua, ayah kepada anak dia."

Bahkan, yang kedua pasti akan menjadi yang pertama bagi masyarakat umum. Kerana mereka mungkin tidak berfikir untuk mengislah masyarakah dalam manhaj yang kita yakini.

Oleh itu, cuba tanya kepada diri sendiri,

"Mahukah aku anak aku seorang yang selalu menagih rokok untuk berada di bibir sentiasa?"

"Anak aku seorang yang suka berkaraoke berbanding bersama keluarga?"

"Nak tak nak isteri aku seharian berada di panggung wayang?"

"Anak aku pakaian dia lagi dahsyat daripada penyanyi kpop?"

Setelah bertanya kepada mereka, cuba lihat diri kita bagaimana. Sudahkah kita bebas daripada perkara-perkara yang kita tidak mahu tersebut?

Jika tidak, aku yakin ini adalah motivasi terbesar untuk berubah. Kau akan ada isteri. Kau akan punya anak. Jadi, isteri dan anak yang bagaimana akan kau bentuk?

****

Rumusannya, antara motivasi untuk kita berubah ialah dengan melihat masa hadapan. Esok hari, aku adalah seorang apa?

Ayah?
Fikir.

"They once called me crazy for speaking up and being disruptive and that is the very reason why I believe that you should not listen to experts as experts are people who can accurately tell you how things can't be done. Be a dreamer." 
Dr Dhesi Baha Raja, TEDx Youth KL