Jumaat, 4 Januari 2019

#MuslehKIta: Sekilas Memori di Al-Amin Bangi

Muhammad ‘Afif yang hari ini ialah produk pelbagai sistem pendidikan. Sekolah Kebangsaan Jalan 2, Sekolah Rendah Islam ABIM dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi untuk sekolah rendah. Kemudian, bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, SMKA Kuala Selangor (2 minggu) dan SBPI Jempol. Setiap sekolah memberi manfaat yang besar dalam pembangunan diri saya dalam sudut-sudut yang berlainan.

Saya masuk ke SRI Al-Amin Bangi ketika berusia 8 tahun, sama seperti abang saya. Masa saya darjah 1, saya sentiasa pasang impian untuk masuk ke Al-Amin sebab nak sama dengan abang. Ditambah lagi dengan tekanan sekolah masa darjah 1 kena balik lewat. Ya lah, pagi ke sekolah agama dan petang di sekolah kebangsaan. Balik pukul 6 lah jawabnya. Tengah hari kena ke pusat transit. Setiap hari berjalan kaki tapi taklah jauh sangat. Ummi kata dulu saya selalu stress untuk pastikan semua baju siap bergosok dan masuk dalam beg, bangun awal pagi sangat. Tapi sepanjang abang saya bersekolah di Al-Amin, saya tak pernah ke sana.

Ok, hari pertama di Al-Amin. “Ya Allah, dhoifnya”

Masa tahun pertama di Al-Amin, hanya dua bangunan satu aras (tidak bertingkat) untuk sekolah rendah dan beberapa kabin untuk memuatkan pelajar sekolah menengah. Padang bola pun tak terbangun, sekolah sebelah ladang kelapa sawit.

“Kenapa masuk sekolah ni!”

Masa itu, menyesal juga berpindah dari sekolah yang infrastrukturnya jauh lebih baik tapi kena beradaptasilah.

Namun, setelah melalui sistem pembelajaran yang pelbagai, saya percaya forte sekolah Al-Amin (tak lupa juga didikan Ummi Abah) yang telah membekas dalam kehidupan saya ialah sudut pembangunan fikrah Islamnya. Ya lah, nak bekas banyak-banyak pun sekolah 5 tahun je di Al-Amin. Masa sekolah rendah dah mula yakin untuk solat berjemaah di surau (kalau boleh nak saf paling depan), hafal ma’thurat, baca doa, hafal pelbagai surah (juz 30 sahaja la), solat berjemaah, tazkirah dan sebagainya. Bagi saya, nak harap apa lagi kan daripada budak sekolah rendah. Bila saya cakap fortenya ialah sudut pembinaan fikrah Islam, tidak bermakna kami melupakan sudut akademik. Sudut akademik saya pun cemerlang masa sekolah rendah (self-claim haha). Kawan-kawan lain pun sama. Tapi kami seronok saja sekolah rendah, petang-petang main bola, rehat pagi dan tengah hari main bola beracun. Tak pun, main bola yang jenis letak semua player (pakai kulit buku yang keras sikit) atas meja, bola guna kertas.

Antara penyesalan yang pernah terbit dalam hidup saya ialah apabila saya memilih untuk tidak sambung belajar di Maahad Tahfiz Hira’ walaupun telah ditawarkan masuk. Bila masuk universiti, jumpa kawan-kawan yang dah masuk Hira’, hafal Al-Quran, rasa rendah diri dan nak jadi seperti mereka. Kesal. Tapi Allah dah susun jalan yang terbaik dengan masuk sekolah yang pelbagai dan belajar banyak perkara di sekolah-sekolah tersebut. Ada kelebihannya.

Inilah saya sekarang dan inilah yang sistem pendidikan Al-Amin berserta muallim muallimahnya didik sehingga saya menjadi saya. Jadi, siapa nak hantar ke sekolah yang pendidikannya seimbang antara dunia dan akhirat, hantar ke sekolah Musleh.

(Dalam bidang akademik, memang jauh lah kan beza antara SBP dan Musleh tapi competetive advantage Musleh sentiasa dalam hal Islami. Saya percaya juga Musleh sentiasa perbaiki dan cuba untuk mencapai yang lebih tinggi dalam hal akademik.)

#MuslehKita
#AlAminBangi
#9eneration