Adik iparku baru sahaja melangkah ke fasa baharuru dalam kehidupannya. Memasuki alam perkahwinan - bertemu dengan manusia yang berbeza latar hidupnya meski bersekolah di sekolah yang sama.
Barakallahu lahuma wa baaraka 'alaihuma, wa jama'aa bainakuma fi khair.
Saya diberi amanah untuk menyampaikan ucapan mewakili keluarga adik ipar. Takut & gugup - semuanya ada. Takut kerana usia perkahwinan sendiri yang belum pun menginjak satu dekad, ada lebih ramai pasangan-pasangan dalam keluarga saya yang lebih senior - terbukti resepi rumah tangganya lebih enak & sukses. Gugup pula kerana bercakap di depan pendengar yang bukan saya kenali dan susun atur acaranya yang berbeza. Apapun, saya cuba bersikap positif & ambil peluang untuk tingkatkan keberanian berada di hadapan & berucap. Gigil dah!
Pesan saya kepada mempelai baru & pasangan lama:
1. Saling menyokong antara satu sama lain
Masing-masing pastilah ada impian masing-masing, maka pasangan perlu tahu apa impian masing-masing dan cuba untuk menyokong jika boleh.
2. Banyakkan berbincang
Dalam pilihan-pilihan yang ada dalam kehidupan berkeluarga, ada baiknya kita berbincang. Jika perlu aturkan masa, aturkan. Jika sesuai sambil mengunyah sarapan, silakan. Jika perbincangan tersebut mood-nya perlu lebih serius, aturkan sesuai dengan mood-nya.
Itulah nasihat saya, sekadarnya.
Moga rumah tangga kita beroleh keberkatan, sakinah, mawaddah & rahmah.
Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a'ayun, waja'alna lilmuttaqina imama!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan