Ahad, 13 Julai 2025

Tentang Perkahwinan

Adik iparku baru sahaja melangkah ke fasa baharuru dalam kehidupannya. Memasuki alam perkahwinan - bertemu dengan manusia yang berbeza latar hidupnya meski bersekolah di sekolah yang sama.

Barakallahu lahuma wa baaraka 'alaihuma, wa jama'aa bainakuma fi khair.

Saya diberi amanah untuk menyampaikan ucapan mewakili keluarga adik ipar. Takut & gugup - semuanya ada. Takut kerana usia perkahwinan sendiri yang belum pun menginjak satu dekad, ada lebih ramai pasangan-pasangan dalam keluarga saya yang lebih senior - terbukti resepi rumah tangganya lebih enak & sukses. Gugup pula kerana bercakap di depan pendengar yang bukan saya kenali dan susun atur acaranya yang berbeza. Apapun, saya cuba bersikap positif & ambil peluang untuk tingkatkan keberanian berada di hadapan & berucap. Gigil dah!

Pesan saya kepada mempelai baru & pasangan lama:


1.  Saling menyokong antara satu sama lain

Masing-masing pastilah ada impian masing-masing, maka pasangan perlu tahu apa impian masing-masing dan cuba untuk menyokong jika boleh.

2. Banyakkan berbincang

Dalam pilihan-pilihan yang ada dalam kehidupan berkeluarga, ada baiknya kita berbincang. Jika perlu aturkan masa, aturkan. Jika sesuai sambil mengunyah sarapan, silakan. Jika perbincangan tersebut mood-nya perlu lebih serius, aturkan sesuai dengan mood-nya.

Itulah nasihat saya, sekadarnya.

Moga rumah tangga kita beroleh keberkatan, sakinah, mawaddah & rahmah.

Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a'ayun, waja'alna lilmuttaqina imama!

Sabtu, 24 Februari 2024

Selamat bersara

 Selamat bersara! (dari tanggungjawab di tempat lama) kb!

4 tahun di posisi yang sama, dengan harapan orang yang menggunung tinggi. Tahniah! Kusaksikan kesungguhan dan keperitan kamu dalam perancangan dan pelaksanaan. Moga Allah ganjarkan sebaik-baik ganjaran!

Moga mekar di tempat baru dengan amal-amal yang banyak dan mengesani manusia sekeliling.

Bai!

Khamis, 4 Mei 2023

Tentang Rupa

 Jika rupa yang jadi ukuran, pastinya aku yang tidak terpilih.

Ada yang sudah putih masa bertunang dan berkahwin, sedang kebiasaaan rakan seusia masih hitam pekat - hatta sampai hari ini.

Bentuk badan juga, tidaklah setara mana. Tiada otot setara orang yang bersenam, tiada pek enam (kalau tak tahu, google haha!).

Jadi buat isteri,

Kamu itu sudah sempurna dengan segala yang ada. Termasuk kehendak untuk menjadi lebih baik, yang diri sendiri idamkan. Usah difikirkan terlalu dalam. 

Seperti lagu move on kamu,

"Jika kau mencintai bunga 
Sedarlah engkau bunga itu kan layu" 

Bye, ILY!

Isnin, 13 Mac 2023

6ixth

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-6 buat isteri tercinta. Semoga kita terus hidup dalam redha-Nya & berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari insyaallah. Maafkan suamimu yang tak sempurna.

4 Mac 2017 - 4 Mac 2023.

Zayd dah 6 tahun, Azam Amimiya dah 3 tahun. Next?

Lagu-lagu healing. hahaha.

#tilljannah




Ahad, 25 Disember 2022

Hey, salam

 Assalamualaikum!

Sekadar melintas setelah sekian lama membiarkan ruang ini kosong tidak dilalu.

Zayd dah nak menghabiskan persekolahan untuk usia 5 tahun.

Azam dah cukup 2 tahun, dalam proses lepas susu, insyaallah.

Nurul, sedang support suami dengan menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Afif, sedang struggle menyiapkan kajian. Haih haha

Bai!

Jumaat, 4 Mac 2022

Limmer X

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-5 buat isteri tercinta.
4 Mac datang lagi, maknanya sudah 5x (baca: 5 kali) kita bertemu tarikh tersebut.
Orang kata 5 tahun awal ni fasa mencabar sebab banyak try & error, ada susahnya, ada mudahnya. 
Alhamdulillah, successfully went through this period.

Tahun ini,
kita makin tua,
Zayd dah bersekolah (walau hanya 2 minggu sekolah penuh), habis Iqra 1.
Azam dah ber-"abah, ama, maaa (bunyi kucing)", pandai pukul orang,
stress PhD belum habis lagi.

Semoga kita terus bercinta & sayang sampai ke syurga, 
saling memaafkan,
saling menasihati,
ibadah makin banyak,
hidup masih sederhana dan banyak lagi.

K bai!

Jumpa lagi kejap lagi haha.


Khamis, 1 April 2021

4 Mac kali ke-4

 Assalamualaikum!

4 Mac 21 menandakan saya dan isteri sudah melalui bahtera perkahwinan ini selama 4 tahun, alhamdulillah. Proses berkenalan sepanjang hayat masih diteruskan. Mula-mula hidup berdua sahaja kan. Tahun kedua perkahwinan kami berkenalan dengan perangai masing-masing bila sudah beranak satu. Tahun keempat pula kami belajar macam mana nak deal dengan dua orang anak pula. Moga masing-masing terus diberi kekuatan insyaallah!

Apapun, moga kita berdua makin berkembang dalam minat masing-masing. Pastinya, tidak mengapa kalau kita tak minat apa yang pasangan kita minati sebab manusia ni memang berbeza. Terlalu fantasi untuk mengatakan ada pasangan yang 100% sama sahaja minat mereka. Hmm, kalau ada sekalipun, munngkin 1% daripada populasi pasangan yang wujud di atas muka bumi ni. Rare. Ya, fokus apa yang masing-masing minati dan kembangkan daripada situ. Insyaallah, baik-baik saja!

Selamat ulang tahun ke-4, Sayang!

Jumaat, 27 November 2020

Zayd dah jadi abang, hey!

Haah, tajuk tu memang bermaksud begitu. Tiada makna yang lain daripada zahir maksud tajuk tersebut yang ingin dikonsgsikan. Aha, Zayd dah jadi abang alhamdulillah.

7E (baca: 7 November) merupakan tarikh istimewa untuk kelahiran putera kedua kami. Ya, yang kedua pun lelaki. #KeluargaMANA didominasi lelaki buat masa ini. Haha. Kali ini, anak ini dibangsakan dengan bangsa J.

Apapun, syukur, Allah mengurniakan cahaya mata kedua buat kami. Moga 'Azam menjadi saham akhirat buat ummi & abah. Terima kasih juga isteri yang mengandung, melahirkan dan menyusukan anak kami. 

Menarik juga penerimaan Zayd akan kelahiran adiknya alhamdulillah. Zayd dah bersedia jadi abang. Nampak penyayang. Asyik nak kiss adik dia saja. Haha. Tiru abah dia! Tapi memang sejak dalam rahim lagi, Zayd dah disemaikan dengan mindset bahawa dia bakal menjadi abang. Eh, Zayd siap nak ajak adik dia main bola tau lepas dia keluar! 😂

Saat kelahiran 'Azam, kepala memikirkan bahawa tanggungjawab makin bertambah. Aku ada seorang Nurul Akmal, seorang Zayd, seorang 'Azam & PhD yang belum tersiapkan. Anggaplah ini rezeki dan kita hustle demi hasil!

Doakan kisah kasih kami sekeluarga berkekelan ke syurga insyaallah!

Ahad, 8 Mac 2020

2020: Nikmat yang Ditarik

Bismillah.

Masih pada fasa awal 2020, dah banyak peristiwa besar berlaku kepada kami sekeluarga.

Pagi 21 Januari, tanpa disangka, aku terlibat dalam kemalangan motosikal. Tapi memang silap sendiri. Merana. Bangun setelah dilanggar, aku rasa ada yang tak kena dengan kaki aku. Semacam rasa terkehel. Hajatnya mahu melangkah ke depan, tapi bahagian betis ter-alih sikit ke kanan. Fuh, rasa dia, perit!

Itulah nikmat yang paling rasa ditarik daripada kehidupan seharian semenjak kemalangan. Selain kaki, kesan kemalangan lain termasuk luka di hampir setiap bahagian kulit belah kiri sebab jatuh daripada motosikal di bahagian kiri badan, terseret atas jalanraya. Namun tetap tidak boleh melawan nikmat boleh berjalan dengan sempurna tersebut. Bukan mudah nak menjalani kehidupan harian tanpa kaki yang sempurna. Jadi yang masih boleh bergerak tanpa batas, syukur!

Terfikir, lepas ni susah nak bersukan (futsal, badminton etc) - aktiviti mengeluarkan peluh kegemaran. 

Haa, lagi satu yang mengganggu kitaran hidup seharian pada fasa 3 minggu terawal kemalangan ialah waktu tidur. Setiap malam, aku akan diganggu dengan fasa otot di betis yang tiba-tiba menegang pada awal pagi. Malah, aktiviti otot tersebut boleh berulang 2 - 3 kali semalam. Ini menyebabkan kitaran hidup sedikit terganggu. Tapi memang terbayang orang-orang tua yang memang tak boleh tidur. Memang tak tahu nak buat apa walaupun ada saja scroll FB, IG dan lain-lain. Tengok bola pun pernah tapi tak dapat mengganti nikmat tidur pada waktu malam. Mungkin malam merupakan makhluk Allah yang telah diciptakan sebagai waktu efektif untuk manusia berehat dan tidur.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Tapi Allah masih bagi peluang untuk hidup memang cukup (bahkan sangat) baik untuk aku. Nikmat ini melebihi nikmat yang ditarik dalam tempoh sementara di atas. 

Berbillion kalungan terima kasih pastinya aku ucapkan kepada isteri, ummi, abah dan adik-beradik yang terlalu banyak memudahkan urusan kehidupan harian. Alhamdulillah. Kini aku dalam fasa recovery dan follow-up di An-Nur.

Yang masih main saham walaupun sakit,
Abu Zayd.

Rabu, 11 Disember 2019

Catatan Lewat 2019

Bismillah.

Bermula September lepas, secara rasminya tak akan ada post Catatan di Malaya sebab officially tempat kerja aku di rumah. Haah, rumah!

Jadinya, disiplin kena lebih tinggi sebab boleh keluar suka hati, main suka hati, boleh buka tv, boleh makan, boleh zzz, semuanya boleh! Tapi alhamdulillah, isteri memahami kalau aku perlukan masa dalam gua (kamar khas) sendiri untuk buat kerja-kerja PhD sambil berdagang.

Kini juga, aku berdagang saham. Addicted juga main saham ni. Rasa nak cepat tengok harga saham yang kita beli naik. Lepas beberapa ketika, aku rasa, ramuan utama kejayaan pedagang saham ni sebenarnya kesabaran. 

Sambil-sambil tu, aku ajar juga orang main saham. Side income. Siapa nak belajar berdagang, boleh contact saya. 😆

Anak aku alhamdulillah dah terlampau aktif. Darussalam versi Bandar Puchong Jaya ni 70% adalah hasil titik peluh dia mendekorasi rumah ini. Tepuk dahi. Bercakap walaupun lambat sikit tapi nampak perkembangannya. Moga terus berkembang ya, Zayd.

Sekian.
Di kamar khas.
2 housemates sedang berusaha untuk tidur.

Rabu, 3 Julai 2019

Catatan #2 di Malaya


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Sudah tentu ini adalah rahmat daripada Allah, tiada kesangsian pada kenyataan tersebut. Usaha sendiri hanyalah setitis jika mahu dibanding dengan lautan rahmat Allah.

Terima kasih kepada keluarga yang berada di sekeliling yang tidak pernah kurang mendoakan agar diri ini dimudahkan melalui cabaran-cabaran yang sentiasa di hadapan.

Hidup menjanjikan cabaran. Face it. Letakkan kepercayaan yang Allah akan beri yang terbaik, usaha dan tawakkal.

Yang senantiasa belajar,
Afif.
Universiti Malaya.

Isnin, 1 Julai 2019

Catatan #1 di Malaya

14 Jun yang lepas menandakan anak aku sudah menjengah usia setahun enam bulan.

Pantas masa terbang meninggalkan kita. Aku sudah berkahwin, sudah memperoleh Ijazah Sarjana dan sudahpun mempunyai anak.

Kini, anak aku sudah pandai berjabat tangan, cium orang, berjalan, berlari, bergaul dan buang sampah ke tempatnya. (Banyak lagi sebenarnya)

Sumpah, banyak perkara yang baik yang dia pelajari daripada ummi dia; isteriku. Wallahi!

Jadi, terima kasih isteri kerana meluangkan masa yang sangat banyak untuk anak kita.

Moga Allah ganjari semua amal-amal kamu.

Yang benar,
Suamimu yang kononnya sibuk mengejar PhD.
Universiti Malaya.

Jumaat, 4 Januari 2019

#MuslehKIta: Sekilas Memori di Al-Amin Bangi

Muhammad ‘Afif yang hari ini ialah produk pelbagai sistem pendidikan. Sekolah Kebangsaan Jalan 2, Sekolah Rendah Islam ABIM dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi untuk sekolah rendah. Kemudian, bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, SMKA Kuala Selangor (2 minggu) dan SBPI Jempol. Setiap sekolah memberi manfaat yang besar dalam pembangunan diri saya dalam sudut-sudut yang berlainan.

Saya masuk ke SRI Al-Amin Bangi ketika berusia 8 tahun, sama seperti abang saya. Masa saya darjah 1, saya sentiasa pasang impian untuk masuk ke Al-Amin sebab nak sama dengan abang. Ditambah lagi dengan tekanan sekolah masa darjah 1 kena balik lewat. Ya lah, pagi ke sekolah agama dan petang di sekolah kebangsaan. Balik pukul 6 lah jawabnya. Tengah hari kena ke pusat transit. Setiap hari berjalan kaki tapi taklah jauh sangat. Ummi kata dulu saya selalu stress untuk pastikan semua baju siap bergosok dan masuk dalam beg, bangun awal pagi sangat. Tapi sepanjang abang saya bersekolah di Al-Amin, saya tak pernah ke sana.

Ok, hari pertama di Al-Amin. “Ya Allah, dhoifnya”

Masa tahun pertama di Al-Amin, hanya dua bangunan satu aras (tidak bertingkat) untuk sekolah rendah dan beberapa kabin untuk memuatkan pelajar sekolah menengah. Padang bola pun tak terbangun, sekolah sebelah ladang kelapa sawit.

“Kenapa masuk sekolah ni!”

Masa itu, menyesal juga berpindah dari sekolah yang infrastrukturnya jauh lebih baik tapi kena beradaptasilah.

Namun, setelah melalui sistem pembelajaran yang pelbagai, saya percaya forte sekolah Al-Amin (tak lupa juga didikan Ummi Abah) yang telah membekas dalam kehidupan saya ialah sudut pembangunan fikrah Islamnya. Ya lah, nak bekas banyak-banyak pun sekolah 5 tahun je di Al-Amin. Masa sekolah rendah dah mula yakin untuk solat berjemaah di surau (kalau boleh nak saf paling depan), hafal ma’thurat, baca doa, hafal pelbagai surah (juz 30 sahaja la), solat berjemaah, tazkirah dan sebagainya. Bagi saya, nak harap apa lagi kan daripada budak sekolah rendah. Bila saya cakap fortenya ialah sudut pembinaan fikrah Islam, tidak bermakna kami melupakan sudut akademik. Sudut akademik saya pun cemerlang masa sekolah rendah (self-claim haha). Kawan-kawan lain pun sama. Tapi kami seronok saja sekolah rendah, petang-petang main bola, rehat pagi dan tengah hari main bola beracun. Tak pun, main bola yang jenis letak semua player (pakai kulit buku yang keras sikit) atas meja, bola guna kertas.

Antara penyesalan yang pernah terbit dalam hidup saya ialah apabila saya memilih untuk tidak sambung belajar di Maahad Tahfiz Hira’ walaupun telah ditawarkan masuk. Bila masuk universiti, jumpa kawan-kawan yang dah masuk Hira’, hafal Al-Quran, rasa rendah diri dan nak jadi seperti mereka. Kesal. Tapi Allah dah susun jalan yang terbaik dengan masuk sekolah yang pelbagai dan belajar banyak perkara di sekolah-sekolah tersebut. Ada kelebihannya.

Inilah saya sekarang dan inilah yang sistem pendidikan Al-Amin berserta muallim muallimahnya didik sehingga saya menjadi saya. Jadi, siapa nak hantar ke sekolah yang pendidikannya seimbang antara dunia dan akhirat, hantar ke sekolah Musleh.

(Dalam bidang akademik, memang jauh lah kan beza antara SBP dan Musleh tapi competetive advantage Musleh sentiasa dalam hal Islami. Saya percaya juga Musleh sentiasa perbaiki dan cuba untuk mencapai yang lebih tinggi dalam hal akademik.)

#MuslehKita
#AlAminBangi
#9eneration